Thursday, May 28, 2015

Terminologi

1. Aerobe
Satu organisma memerlukan oksigen untuk hidup.

2. Anaerobe
Satu organisma yang tidak memerlukan oksigen untuk hidup.

3. Bakteria/Bakterisid
Satu kumpulan mikroorganisma.
Unicellular free-living organisms having both RNA & DNA.

4. Bactericidal
Berupaya (ability) bunuh bakteria.
Bahan-bahan yang mempunyai ciri-ciri ini termasuk antibiotik, dan disinfektan.
"Capable of killing bacteria eg disinfectants, great heat, intense cold or sunlight" [Bailliere's Nurses Dictionary].

5. Bacteriosin
Bahan yang dikeluarkan oleh bakteria-bakteria yang tertenti di mana boleh membunuh bakteria-bakteria lain.

6. Bacteriostatik
Agen yang mencegah pembebasan dan pembiakan sesetengah mikroorganisma.
"Inhibiting the growth of bacteria" [Nurses Dictionary]

7. Kultur (Culture)
Satu populasi mikroorganisma biasanya bakteria, dikembangkan (dibiak) dalam satu medium makmal pepejal atau cecair seperti agar-agar.

8. Endogenous
Timbul dari dalam atau berasal dari tubuh.
Produced within the organism.

9. Eksogenous (Exogenous)
Berasal dari luar tubuh atau sebahagian daripada tubuh.

10. Eksotoksin
Racun yang sungguh poten, seringkali merbahaya hanya kepada tisu yang terhad, di mana dihasilkan oleh sel bakteria dan dirembeskan ke media persekitaran.
"A poison produced by a bacterial cell and released into tissues surrounding it" [Bailliere's Nurses Dictionary]

11. Endotoksin
Racun pada umumnya merbahaya kepada semua tisu tubuh, terkandung dalam bakteriadan dibebaskan hanya apabila sel bekteria terurai atau mati dan hancur.
"A poison produced by and retained within bacterium, which is released only after the destruction of the bacterial cell" [Bailliere's Nurses Dictionary]

12. Disinfeksi
Proses membasmi/memusnah mikrorganisma dengan menggunakan bahan kimia atau agen fisikal [Heyman:2008]

13. Disinfektan
Agen/racun yang memusnahkan mikrob tetapi tidak kepada mikrob yang berupaya bertukar bentuk kepada spora.
A biocide that destroys or inhibits growth of microorganisms or inanimate objects or surface. [Sood:2010]

14. Antiseptik
Agen/racun yang boleh menghentikan/mengelakkan infeksi dengan menghentikan pertumbuhan dan pembiakan mikrob.

15. Asepsis
Praktik yang menghadkan pertumbuhan dan perebakan mikrooragnisma (teknik bersih) perubatan.
"Freedom from pathogenic microrganisms." [Bailliere's Nurses Dictionary]

16. Fagosit
Sel yang berupaya menelan bakteria, protozoa, sel-sel dan mikroorganisma lain.

17. Fagositosis
Penelan dan pencernaan bakteria dan mikroorganisma asing lain oleh fagosit.

18. Racun
Sebarang bahan yang mengiritasikan, merosakkan atau melemahkan aktiviti tisu badan.

19. Nanah (Pus)
Cecair pekat kekuningan atau kehijauan terbentuk pada tapak jangkitan (infected tissue) yang ketara yang mengandungi sel fagosit.

20. Pyogen
Sebarang bahan atau agen yang menyebabkan demam (fever).

21. Supurasi (Suppuration) 
Pembentukan nanah.

22. Toksin
Racun yang dihasilkan oleh bakteria.

23. Toksoid (Toxoid)
Persediaan sesuatu toksin yang dijalankan tidak berbahaya melalui perlakuan sambil mempunyai aktiviti antigeniknya. Contoh : ATT (anti-tetanus toxoid)

24. Virus
Agen penyakit berjangkit yang membiak di dalam sel.


25. Patogen
Mikrob yang menyebabkan infeksi.

26. Infeksi
Kejayaan mikrob menyerang/masuk ke dalam tubuh sehingga mangsa menunjukkan tanda dan simpton penyakit.

27. Antitoksin
Sesuatu antibodi khas yang dihasilkan oleh tubuh sebagai tindakbalas kepada toksin atau racun. Antibodi ini berupaya untuk menjadikan toksin tidak berkesan.

28. Antibodi
Bahan protein khas yang dihasilkan oleh tubuh sebagai tindakbalas kepada kemasukan antigen atau vaksinasi vaksin.

29. Vaksin
Satu pencairan mengandungi mikrob yang telah dibunuh/dilemahkan.

30. Vaksinasi
Proses kemasukan vaksin ke dalam tubuh untuk merangsang tubuh membentuk/menghasilkan antibodi.

31. Anti serum
Serum (bahagian darah selepas sel darah, platelet dan fibrinogen telah dialihkan) yang mengandungi antibodi khas. Diambil dari haiwan seperti kuda yang telah menerima dos berulang-ulang sesuatu antigen atau binatang yang sudah pulih dari penyakit tertentu.

32. Pelalian (Immunity)
Keupayaan tubuh badan menentang penyakit tertantu yang disebabkan oleh patogen dan toksin. Ini kerana kehadiran antibodi di dalam darah, cecair dan rembesan badan.

No comments:

Post a Comment