Thursday, May 28, 2015

10 Gambar Teknologi & Inovasi

1.   Bel-Air: Rumah Hijau Mini


Penapis udara ini telah direkabentuk oleh seorang pereka Perancis Mathieu Lehanneur dan Professor Harvard David Edwards. Apa yang menariknya adalah dengan menggunakan kipas yang terdapat pada alat ini, angin akan melalui kebuk melalui setiap ruang pada pokok dalam kebuk tersebut.Kesannya adalah udara yang keluar lebih segar dan mengurangkan toksik-toksik dalam udara. Pokok yang ditanam pada alat ini adalah yang jenis yang boleh menyerap toksik.


2.   Energy Seed


Bateri lama yang tidak dipakai boleh dikitar semula dengan produk ini. Dengan hanya membuang bateri ke tempat yang sepatutnya iaitu sebuah bekas kitar semula yang dipasang dengan lampu. Produk ini direkabentuk supaya dapat mengitar semula bateri yang lama dengan menggunakan baki tenaga yang terdapat pada bateri ini untuk menyalakan lampu ini. Dengan yang demikian produk ini boleh digunakan sebagai lampu jalan. Lampu berbentuk seperti cincin ini menggunakan LED. LED hanya menggunakan 2V untuk dinyalakan dan baki kuasa pada bateri lama mempunyai kira-kira 0.8V hingga 1.3V. Oleh itu dengan mudah bateri lama ini mampu menjanakan kuasa untuk lampu jalan ini.


3.   PCO Waterbeam


PCO ialah Photo Catalytic Oxidation dan ia merupakan tekonologi tercanggih untuk menghapus bakteria dan virus. PCO menggabungkan penggunaan foto, tenaga dalam jumlah kecil yang mengeluarkan cahaya atau tenaga cahaya, kemudian digabungkan dengan photocatalyst (foto katalis) serta titanium dioxide (titanium dioksida), untuk menghapuskan kotoran berterbangan di udara seperti bakteria, virus, cendawan, benih kuman atau spora, kulat, alergen dan gas. PCO ialah teknologi yang dipaten di Jepun (2009290, 2585946, 2963657) dan di Amerika Syarikat (6004667).


Kebaikan PCO Waterbeam :

·        Menghapus mikrob berbahaya.
·        Membunuh bakteria, virus dan lain-lain mikroorganisma yang bahaya dalam air minuman anda secara semulajadi tanpa menggunakan sebarang bahan pembasmi kuman dan bahan-bahan kimia yang berbahaya.
·        206% lebih kuat daripada klorin.
·        157% lebih kuat daripada hydrogen peroxide Energy Field atau kehebatannya menyamai 10,000 kali CAHAYA MATAHARI.
·        Ia boleh diguna secara efektif selama 2 tahun.
·        Ia juga memperkayakan kandungan magnesium.
·        Ia memastikan anda mendapat air minuman yang selamat di rumah dan semasa anda mengembara.


4.   Ionator (Alat Pembersih Air)


Alat yang berbentuk botol spray ini menggunakan proses ionisasi yang akan mengubah air biasa menjadi air pencuci (air mandian) tanpa bahan kimia yang boleh membunuh 99,9% kuman/ bakteria yang ada di dalamnya.Sebelum menggunakan alat ini, anda perlu masukkan air biasa ke dalam botol dan menarik alat ini ke listrik sehingga proses ionisasi boleh terjadi dan setelah itu anda boleh menggunakannya seperti air pencuci yang lain.

Kerana dijamin tidak ada bahan kimia di dalamnya, air yang ada boleh untuk sesiapa saja samada anak mahupun haiwan peliharaan walaupun air pencuci ini mengenai makanan atau minuman.
Harganya murah, untuk jenis yang biasa seperti Ionator HOM dijual dengan harga US$ 169.

5.   Alat Pengesan Denggi


Pengarah Pusat Penyelidikan Informatik Perubatan dan Sistem Mikro-Elektro-Mekanikal (MIMEMS) di Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM), Prof. Ir. Dr. Fatimah Ibrahim, tampil dengan dua model mendiagnosis demam denggi yang lebih cepat dan efektif. Satu daripada model tersebut dibangunkan menggunakan alat yang diberi nama bio-impedans yang boleh mengukur komposisi badan seseorang tanpa menggunakan sampel darah. Alat ciptaan ini boleh mengesan bacaan hemoglobin tidak normal yang biasa dikesan pada pesakit demam denggi. Secara tidak langsung, ia dapat membantu doktor mengenal pasti sama ada pesakit itu menghidap demam denggi ataupun tidak tanpa menceroboh tubuh pesakit dengan mengambil darah dalam jumlah yang banyak.
            Dengan ketepatan analisis sebanyak 87 peratus, model pengesanan denggi ini sangat efektif dalam membantu para doktor memantau pesakit denggi sekali gus mengurangkan risiko kritikal dalam kalangan pesakit. Selain itu, beliau turut mereka cipta satu platform yang dapat mengesan kehadiran virus denggi berdasarkan kaedah serologi ELISA yang mana dapat mengasingkan virus dengan hanya menggunakan sekeping cakera padat yang dilengkapi dengan teknologi pengesan nano. Kaedah pengesanan ini memerlukan sampel darah pesakit diambil, tetapi jumlahnya jauh lebih sedikit berbanding kaedah serologi konvensional. Darah hanya diambil di hujung jari, sama seperti ujian saringan diabetes. Darah pesakit kemudian dititiskan di atas cakera padat yang mempunyai beberapa saluran lain yang sudah dimasukkan dengan cairan tertentu yang dapat menenal pasti dan mengasingkan virus dalam masa cukup singkat. Dengan menggunakan kaedah ini, hanya 30 minit diperlukan untuk mendapat keputusan yang 95 peratus tepat. Sekiranya sampel darah yang sama diuji menggunakan kaedah ELISA, ia boleh mengambil masa sehingga seminggu.
            Projek perintis yang dijalankan di bawah Skim Geran Penyelidikan Berimpak Tinggi daripada Kementerian Pengajian Tinggi ini merupakan hasil daripada perpindahan teknologi antara UM dengan Universiti Irvine California, Amerika Syarikat. Kaedah pengesanan menggunakan cakera padat ini jauh lebih murah dan cepat berbanding kaedah konvensional yang dipraktikkan sekarang. Berbanding dengan kelengkapan makmal yang mahal dan ruang lebih besar, pengesanan virus menggunakan teknologi nano ini hanya memerlukan pemain cakera khas yang kecil dan ia boleh dipindahkan ke mana-mana. Dengan kos pengeluaran alat pemain cakera untuk menganalis darah yang kurang daripada RM1,000, ciptaan ini merupakan yang pertama di Malaysia dan di dunia bagi sektor penyakit denggi. Kegunaannya bukan sahaja dapat mengesan virus denggi, malah sebanyak 10 ujian penyakit berbeza boleh dilakukan menggunakan cakera padat ini.


6. Raindrop Collector


Penjimatan air amat penting bagi kehidupan seharian kerana tanpa air, kita akan mati.Jadi, rekaan yang dinamakan Rain Drops ini direka khas untuk mengumpul air hujan dari atap. Yang pastinya, ia bukan untuk diminum tetapi air ini boleh digunakan untuk menyiram tanaman, membasuh tangan dan sebagainya. Yang menariknya air hujan ini sudah sedia dibotolkan dan sedia untuk digunakan.


7.   Life Straw


Jika Anda seorang pengembara sejati, maka kini Anda tak ada lagi keraguan untuk meneguk setiap air yang Anda temui di setiap perjalanan Anda. Sebab melalui sedutan yang disedut LifeStraw ini, setiap orang dapat menikmati air yang sehat dan bersih tanpa was-was.
LifeStraw adalah alat filter air portable yang di reka oleh Vestergaard Frandsen. Sedutan moden ini adalah alat filter air yang tidak menggunakan bahan kimia, bateri, ataupun motor penggerak sekalipun. LifeStraw berbentuk sedutan yang memiliki panjang 310 mm dan berdiameter 30 mm.
Alat ini berbahan plastik dan dilengkapi dengan metode filtre air yang aman. Menurut hasil penelitian, air hasil sedutan dari LifeStraw ini mampu menghilangkan sekitar99.9% parasit dan bakteria dalam air.



8. Leptoscan2


LeptoScan2 mampu mengesan kehadiran bakteria leptospirosis dalam darah pesakit dalam masa kurang 15 minit walaupun pada tahap awal jangkitan penyakit itu, tidak seperti produk lain di pasaran yang hanya dapat memberikan keputusan berdasarkan antibodi dihasilkan selepas tujuh hari atau lebih setelah pesakit dijangkiti.
Alat itu, serupa dengan digunakan oleh pesakit kencing manis untuk mengesan gula dalam darah, memerlukan satu titisan darah pesakit bagi mengesahkan kehadiran leptospirosis  menerusi protein bakteria itu, kata penciptanya Prof Dato’ Dr Abdul Rani Bahaman, 65, seorang pensyarah kanan dengan Jabatan Patologi dan Mikrobiologi Veterina,  Fakulti Perubatan Veterina UPM.


9.   Alat Pemeriksaan Mikro Sirkulasi


Alat pemeriksaan mikro sirkulasi merupakan salah satu pengembangan peralatan pengamatan kesihatan moden, kombinasi dari bertahun-tahun penelitian dan pengembangan mikro sirkulasi. Dengan alat pengamatan mikro sirkulasi yang baru, kualiti darah manusia, kecepatan aliran darah, bentuk pembuluh darah, juga pembentukan thrombus , khususnya penggumpalan thrombus mikro sel darah merah dan putih dapat diamati secara langsung dan jelas dengan sangat mudah, yang sangat membantu dalam pengesanan awal adanya hambatan apapun dalam mikro sirkulasi sehingga dapat dilakukan pencegahan yang tepat waktu dan perawatan yang sesuai.

        Selain itu, alat pemeriksaan mikro sirkulasi dapat dipakai untuk melihat perubahan dalam tahap awal dari suatu penyakit, suatu pekerjaan yang tidak dapat dilakukan oleh alat-alat lainnya. Dalam hal ini inspeksi mikro sirkulasi klinikal memberikan kesempatan yang lebih baik untuk pengesanan dan pengubatan awal daripada pemeriksaan makrosskopik. Secara bersamaan beberapa orang yang sihat atau mereka yang memiliki kekebalan yang lebih rendah, sangat terdedah oleh hambatan pada mikro sirkulasi, yang menyebabkan aliran darah berhenti, pembuluh arteri yang kotor dan aliran darah yang lambat.


10.   Aculife


Aculife Tiens merupakan hasil gabungan pengetahuan akupunktur tradisional Cina dengan sains perubatan keimunan moden. Dengan merangsang titik perangsang pada bahagian tapak tangan dan telinga dengan gelombang ultra panjang, produk ini berkeupaya memperbaiki peredaran mikro, mempertingkatkan metabolisma dan keimunan terhadap pelbagai penyakit moden. Ianya juga mempunyai kesan pengurutan haba sederhana yang dapat membantu menghilangkan keletihan dan memperbaiki peredaran darah. Antara keistimewaan produk ini ialah penyelarasan Dwicara, di mana rawatan perangsang tapak tangan dan bahagian telinga boleh dilakukan serentak dan berasingan. Selain itu, ia mudah dan selamat digunakan untuk seisi keluarga serta ringan dan senang dibawa ke mana juga pada bila-bila masa. Paparan LCD menunjukkan kekuatan gelombang magnetik dan tempoh masa dan mudah melaras butang kekuatan dan masa mengikut kesukaan peribadi.

            Terdapat beberapa fungsi produk ini termasuklah membantu anda mengenalpasti lokasi titik perangsang yang betul dengan mudah. Memperbaiki peredaran darah di mana gelombang magnetik merangsang titik perangsang untuk memperbaiki peredaran darah dimana kesannya sama seperti akupunktur tradisional. Gelombang magnetik menyeimbangkan peredaran bendalir badan dan meningkatkan ketahanan badan terhadap penyakit. Ianya amat berkesan dalam mempertingkatkan keimunan untuk mencegah penyakit.

3 comments: