YOUTUBE
YouTube ialah
laman web perkongsian video yang disukai ramai dan yang
membenarkan penggunanya memuat naik, menonton, dan berkongsi klip video. Video-videonya boleh dinilai, dengan
kedua-dua pemeringkatan purata serta kekerapan video itu ditonton dipaparkan.
Diasaskan
pada Februari 2005 oleh
tiga orang bekas pekerja PayPal, Youtube yang berpusat di San Bruno mempergunakan teknologi Adobe Flash untuk
memaparkan video. Jenis kandungan laman web ini amat meluas dan merangkumi
klip-klip filem,rancangan televisyen, dan video muzik, serta
kandungan amatur seperti videoblog dan video ringkas yang asli. Syarikat ini yang kini menggaji 57
orang pekerja dinobatkan "Rekaan Terbaik untuk Tahun 2006" oleh
majalah TIME. Pada
Oktober 2006, Syarikat Google Inc. mengumumkan
bahawa ia telah mencapai persetujuan untuk memperoleh YouTube pada harga AS$1.65 bilion
dalam bentuk saham Google.
Urus niaga tersebut selesai pada 13 November 2006.
Sejarah
Youtube
YouTube,
LLC
|
|
Diasaskan
|
Februari 14, 2005
|
901 Cherry Ave, San Bruno,
California, Amerika Syarikat |
|
Kawasan yang dipasarkan
|
Seluruh dunia
|
Perancang utama
|
Salar Kamangar (CEO)
Chad Hurley (Advisor) |
Internet
|
|
Independent (2005–2006)
Google (2006–present) |
|
Broadcast Yourself (2005-2012)
|
|
Ditulis dalam
|
|
KedudukanAlexa
|
▬ 3 (August 2012)
|
Jenis laman web
|
|
Google AdSense
|
|
Pendaftaran
|
Pilihan (Hanya diperlukan untuk tugas-tugas tertentu
seperti melihat video yang ditanda bendera, melihat komen yang ditanda
bendera dan memuat naik video)
|
54 versi bahasa tersedia
|
|
Dilancarkan
|
Februari 14, 2005
|
Status terkini
|
Aktif
|
YouTube
diasaskan bersama-sama oleh Chad Hurley, Steve Chen, dan Jawed Karim yang kesemuanya merupakan pekerja perintisPayPal. Sebelum PayPal, Hurley belajar reka bentuk di Universiti Indiana Pennsylvania, manakala
Chen dan Karim belajar sains komputer bersama-sama
di Universiti Illinois di Urbana-Champaign. Nama
domain "YouTube.com" diaktifkan pada 15 Februari2005, dan laman web dibangun pada bulan-bulan yang
berikut. Pencipta-penciptanya memberikan orang ramai sebuah pratonton tentang
laman web mereka pada Mei 2005 dan enam bulan kemudian, YouTube muncul buat
pertama kali secara rasmi.
Serupa
dengan banyak syarikat teknologi yang baru, YouTube bermula sebagai sebuah
usaha dibiayai malaikat di sebuah pejabatyang kecil dan murah. Pada November 2005, Sequoia Capital, syarikat modal usaha niaga, melabur AS$3.5 juta; selain itu,Roelof Botha, pekongsi syarikat serta bekas Ketua Pegawai Kewangan PayPal, menyertai lembaga pengarah YouTube.
Pada April 2006, Sequoia melabur lagi AS$8 juta dalam syarikat itu yang telah
mengalami kepopularan dan pertumbuhan yang pesat dalam hanya beberapa bulan
pertama kewujudannya.
Pada musim
panas 2006, YouTube menjadi salah satu laman web yang paling pesat
pertumbuhannya dalam Jaringan Sejagat, dan
ditempatkan oleh Alexa sebagai laman web yang kelima terpopular, iaitu jauh mengatasi
juga pertumbuhan laman webMySpace. Menurut
sebuah tinjauan pada 16 Julai 2006, 100 juta klip ditonton di YouTube pada setiap hari,
dengan sebanyak 65,000 video baru dimuat naik setiap 24 jam. Menurut
Nielsen/NetRatings, Youtube dikunjungi oleh hampir 20 juta pengguna setiap
bulan, dengan sekitar 44% penontonnya merupakan wanita, dan 56% lelaki.
Kumpulan yang berumur antara 12 hingga 17 tahun merupakan penontonnya yang
terutama. Keunggulan Youtube dalam pasaran video dalam talian adalah amat
mengejutkan. Menurut laman web Hitwise.com, YouTube menguasai 64% daripada
pasaran video dalam talian di United Kingdom.
Pada 9 Oktober 2006, Youtube mengumumkan bahawa ia akan diperoleh
oleh Google pada
harga AS$1.65 bilion dalam bentuk saham.
Perjanjian pembelian antara Google dan YouTube datang selepas YouTube memeterai
tiga buah perjanjian dengan syarikat-syarikat media dalam satu percubaan untuk
mengelakkan tuntutan-tuntutan mahkamah terhadap pelanggaran hak cipta. YouTube
akan terus beroperasi secara bebas, dan kesemua pekerja syarikat serta
pengasas-pengasas bersamanya akan terus bekerja di dalam syarikat. Urus
niaga untuk memperoleh YouTube selesai pada 13 November, dan merupakan
pembelian Google yang terbesar setakat ini.
Pada
November 2008, YouTube mencapai persetujuan dengan MGM, Lions Gate Entertainment dan CBS yang membolehkan ketiga-tiga syarikat tersebut
memuatkan filem-filem dan rancangan televisyen sepenuhnya di laman YouTube,
asalkan disertakan iklan, sebagai langkah menyaingi laman-laman video lain
seperti Hulu, yang
memaparkan bahan-bahan terbitan NBC, Fox, dan Disney.
TEKNOLOGI
Format video
Teknologi
pemain video YouTube berasaskan Adobe Flash
Player yang
membolehkan laman ini memaparkan video yang setanding mutunya dengan
teknologi-teknologi video sedia ada (seperti Windows Media Player, QuickTime, dan RealPlayer) yang biasanya memerlukan pengguna memasang pemalam pelayar web untuk
menonton videonya. Pemalam juga diperlukan untuk menonton video Flash,
tetapi hasil kaji selidik Adobe Systems mendapati
pemalam Flash sudah dipasang dalam 95% komputer peribadi.
Video-video
yang dimuat naik ke YouTube oleh pemegang akaun biasa terhad kepada 15 minit
panjangnya. Ketika YouTube dilancarkan pada tahun 2005, video lebih lama boleh
dimuat naik, tetapi had 10 minit dikenakan pada Mac 2006 setelah pihak YouTube
mendapati kebanyakan video yang menjangkaui kepanjangan ini berbentuk cetak
rompak filem dan televisyen. Akaun rakan (partner) dibenarkan
memuat naik video melebihi 10 minit asalkan diizinkan oleh YouTube. Had
sepuluh minit dinaikkan kepada lima belas minit pada Julai 2010. Partner
accounts are permitted to upload longer videos, subject to acceptance by
YouTube. Saiz fail terhad pada 2 GB untuk muat naik dari laman web YouTube, dan
20 GB dari penggunaan Advanced Uploader yang berasaskan Java.
YouTube menerima
muat naik video dalam kebanyakan format, termasuk .WMV, .AVI, .MKV, .MOV, MPEG, .MP4, DivX, .FLV, dan.OGG. YouTube
juga menyokong 3GP, maka membolehkan video dimuat naik
terus dari telefon
bimbit.
Mutu video
Pada
mulanya, YouTube hanya menyiarkan video dalam satu format, tetapi kini terdapat
dalam tiga format di samping juga format "mobil" untuk tontonan
pada telefon
bimbit. Format
asalnya, iaitu mutu "biasa", memaparkan video berleraian
320x240 piksel dengan
kodek Sorenson Spark dan audio MP3 mono. Beginilah
kebiasaan dalam penstriman video ketika YouTube dilancarkan dahulu.
Video
"bermutu tinggi" yang diperkenalkan pada Mac 2008, dipaparkan pada
leraian 864x480 piksel dengan bunyi AAC stereo. Format ini banyak menunjukkan peningkatan berbanding
mutu biasa. Pada November 2008, sokongan HD 720p diperkenalkan. Pada masa yang sama, pemain
YouTube diluaskan nisbah aspeknya dari 4:3 kepada skrin lebar 16:9. Video 720p berleraian 1280x720 piksel dan dikodkan
dengan kodek video H.264 dengan
audio stereo AAC. Pada November 2009, sokongan HD 1080p diperkenalkan pula, pada leraian 1920x1080
piksel.
Video 3D
Dalam video
yang dimuat naik pada 21 Julai 2009, jurutera perisian YouTube Peter Bradshaw
mengumumkan bahawa para pengguna YouTube boleh memuat naik video 3D. Video 3D
ini boleh ditonton seperti video biasa, atau merasai kesan 3D dengan memakai
cermin mata khas.
Aplikasi
Youtube Dalam Pendidikan
Youtube
mengajak pengguna untuk menikmati pengalaman menonton video dan terlibat dalam
kandungan video sebagai pengulas dan pencipta, iaitu satu aktiviti yang
meningkatkan literasi visual pelajar, yang merupakan satu kemahiran penting
dalam budaya elektronik masa kini. Walaupan kebanyakan video dalam Youtube
tidak mempunyai matlamat pendidikan, aplikasi ini menggalakkan eksperimentasi
menggunakan media baharu. Kebanyakan pendidik percaya bahawa usaha untuk
membina kandungan merupakan satu latihan pembelajaran yang berguna, yang
membantu untuk meningkatkan kefahaman terhadap bahan pelajaran dan peralatan
yang digunakan untuk membina kandungan video tersebut. Oleh kerana Youtube
memudahkan hal ini, ia berpotensi untuk mendedahkan pelajar kepada wawasan dan
kemahiran yang baharu, serta menghubungkan mereka kepada pelbagai komuniti
dalam talian. Sebagai aplikasi perisian sosial, Yotube menjadi sebahagian trend
dalam kalangan pelajar Generasi Net untuk menggantikan pembelajaran pasif dengan
penyertaan aktif, yang mana semua pelajar boleh menyuarakan pandangan, sesiapa
pun boleh memberikan sumbangan, dan nilainya tidak terletak pada kandungan itu
sendiri, tetapi lebih kepada rangkaian pelajar yang bekerjasama membentuk
kandungan tersebut dan yang menyokong satu sama lain dalam mencapai matlamat
pembelajaran.
Strategi Penggunaan Video YouTube Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran
Untuk
meningkatkan keberkesanan penggunaan video YouTube sebagai bahan bantu mengajar
(BBM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran, beberapa panduan telah
digariskan untuk menggalakkan tontonan secara aktif dalam kalangan pelajar dan
memaksimumkan pembelajaran, seperti yang berikut :
PANDUAN PENGGUNAAN VIDEO
Bil
|
Perkara
|
Huraian
|
1.
|
SEGMEN
|
Benarkan pelajar anda menonton video dalam beberapa
segmen pendek.
|
2.
|
NOTA
|
Video amat sesuai untuk membina kemahiran pencatatan
nota. Ambil nota semasa tontonan pertama, kemudian
putar
semula dan ulang tayang untuk membuat semakan nota.
Ini
boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan
sebagai
satu perbincangan kelas / sesi sumbangsaran.
|
3.
|
JEDA
|
Gunakan butan jeda (pause) untuk menghentikan video
anda seketika agar pelajar boleh meramal perkara
yang akan
berlaku atau mengingat semula perkara yang telah
berlaku.
|
4.
|
TANPA SUARA
|
Bagi babak video yang menekankan visual, padamkan
suara
dan ceritakan. Teknik ini sangat sesuai untuk
penyenaraian
langkah – langkah sesuatu proses.
|
5.
|
TANPA GAMBAR
|
Gunakan petunjuk audio untuk menerangkan gambar yang
ditayangkan. Bandingkan ramalan dengan video
sebenar.
|
6.
|
PRATONTON
|
Setiap video dengan teliti untuk menentukan
kesesuaiannya
dengan objektif pelajaran dan hasil pembelajaran
pelajar.
|
7.
|
GABUNGKAN
|
Video dengan keseluruhan pengalaman pembelajaran
secara
menambahkan komponen eksperimen pelajaran. Aktiviti
boleh dilakukan sebelum menonton; untuk mengatur
pentas,
membuat semakan, menyediakan maklumat latar
belakang;
mengenal pasti perbendaharaan kata baharu, atau
memperkenalkan topik. Aktiviti boleh dilakukan
selepas
menonton untuk memperkukuh, mengaplikasikan atau
memperluas maklumat yang disampaikan oleh program.
Selalunya, video boleh digunakan sebagai satu
pengenalan
atau pendorong kepada aktiviti amali yang bakal
dilakukan.
|
Halangan atau masalah penggunaan youtube dalam
pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan ICT
atau teknologi maklumat menjadi suatu perkara penting dalam kehidupan kita pada
masa kini. Penggunaan teknologi maklumat mampu meningkatkan tahap kemahiran
pelajar untuk mendapatkan maklumat dengan lebih berkesan. Terdapat banyak
kelebihan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran namun begitu penggunaan ICT
juga memberi masalah dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai
masalah yang timbul akibat daripada kekurangan kemahiran dalam pengendalian dan
pengurusan antaranya ialah:
1) Penerimaan guru terhadap proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi maklumat.
Penggunaan teknologi maklumat atau youtube dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu kaedah terkini untuk meningkatkan tahap kemahiran guru menyampaikan sesuatu perkara. Namun begitu terdapat segelintir guru tidak mahu mengikuti serta mengubah kaedah pengajaran mereka. Sesetengah guru merasakan penggunaan kaedah pengajaran tradisiaonal sudah cukup untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
2) Kemudahan teknologi yang berkaitan tidak mencukupi.
Proses pengintegrasian teknologi maklumat dalam memerlukan prasarana yang mencukupi seperti kemudahan makmal komputer, peralatan berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat serta penyediaan dan penyelenggaraan komputer yang mencukupi dan lancar. Perkara ini sangat penting untuk memudahkan guru-guru dan para pelajar menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Salah satu punca permasalahan ini tidak dapat dilakasnakan adalah kerana sistem penyelenggaraan bahan teknologi maklumat di sekolah yang tidak cekap dan mencukupi
3) Tahap kemahiran guru dalam bidang teknologi maklumat.
Kemahiran seseorang guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah penting dalam teknologi maklumat. Terdapat beberapa kekangan yang perlu diambil berat iaitu kekurangan guru terlatih dalam bidang teknologi maklumat. Guru-guru yang telah lama mengajar khususnya kurang berpengalaman dengan penggunan ICT. Oleh itu, guru tidak mahir membuat perancangan pengajaran menggunakan ICT. Hal ini menyebabakan proses penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna dan akan membantut perkebangan bahan teknologi maklumat.
1) Penerimaan guru terhadap proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi maklumat.
Penggunaan teknologi maklumat atau youtube dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu kaedah terkini untuk meningkatkan tahap kemahiran guru menyampaikan sesuatu perkara. Namun begitu terdapat segelintir guru tidak mahu mengikuti serta mengubah kaedah pengajaran mereka. Sesetengah guru merasakan penggunaan kaedah pengajaran tradisiaonal sudah cukup untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
2) Kemudahan teknologi yang berkaitan tidak mencukupi.
Proses pengintegrasian teknologi maklumat dalam memerlukan prasarana yang mencukupi seperti kemudahan makmal komputer, peralatan berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat serta penyediaan dan penyelenggaraan komputer yang mencukupi dan lancar. Perkara ini sangat penting untuk memudahkan guru-guru dan para pelajar menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Salah satu punca permasalahan ini tidak dapat dilakasnakan adalah kerana sistem penyelenggaraan bahan teknologi maklumat di sekolah yang tidak cekap dan mencukupi
3) Tahap kemahiran guru dalam bidang teknologi maklumat.
Kemahiran seseorang guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah penting dalam teknologi maklumat. Terdapat beberapa kekangan yang perlu diambil berat iaitu kekurangan guru terlatih dalam bidang teknologi maklumat. Guru-guru yang telah lama mengajar khususnya kurang berpengalaman dengan penggunan ICT. Oleh itu, guru tidak mahir membuat perancangan pengajaran menggunakan ICT. Hal ini menyebabakan proses penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna dan akan membantut perkebangan bahan teknologi maklumat.
Kesan
Penggunaan Youtube Terhadap Masyarakat
Seperti laman sosial dan aplikasi kemudahan yang
lain, youtube juga tidak terkecuali daripada mempunyai implikasi yang baik dan
sebaliknya kepada masyarakat. Walaupun hakikatnya kemudahan youtube ini dicipta
untuk memudahkan manusia untuk melaksanakan sesuatu tugasan tetapi akibat
perbuatan segolongan insan yang tidak bertanggungjawab dan tidak berfikir
panjang, maka muncullah beberapa implikasi negatif daripada aplikasi ini.
Berikut adalah senarai kesan positif daripada penggunaan youtube :
1.
Golongan usahawan dapat mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat
yang lebih tinggi.
Untuk mempromosikan produk bagi mengembangkan
perniagaan, golongan usahawan perlu mengeluarkan kos yang banyak seperti
mempromosikan produk mereka melalui banner, billboard dan iklan di televisyen
dan radio. Hal ini boleh menyebabkan penggunaan kos yang terlalu banyak dan
mungkin akan berlaku pembaziran. Oleh itu, dengan penggunaan YouTube, golongan
usahawan dapat mempromosikan produk masing-masing tanpa perlu menggunakan kos
yang banyak seterusnya dapat meningkatkan kualiti perniagaan mereka. Mereka
boleh menghasilkan video iklan yang padat dengan maklumat produk dan menarik
minat pengguna di YouTube untuk mencuba
produk-produk yang terbaru.
Melalui pengiklanan secara video di YouTube,
golongan usahawan berkemungkinan dapat mengembangkan produk mereka ke seluruh
dunia kerana YouTube boleh diakses oleh pelbagai negara di seluruh dunia. Hal
ini dapat memberi kesan yang baik terhadap golongan usahawan untuk
mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat yang lebih menguntungkan mereka. Contohnya,
pada masa kini, terdapat pelbagai jenis produk yang diiklankan melalui YouTube
yang dapat dikembangkan ke banyak negara di seluruh dunia.
2.
Golongan artis dapat meningkatkan populariti dalam bidang hiburan
Dalam era globalisasi ini, terdapat pelbagai jenis
hiburan yang sering menjadi tontonan dan halwa telinga setiap golongan
masyarakat. Dengan adanya YouTube, golongan artis yang sering menjadi pujaan
masyarakat dapat meningkatkan lagi populariti dan kualiti kerja mereka sebagai
artis dengan adanya maklum balas daripada peminat masing-masing.
Di dalam laman sesawang YouTube, terdapat pelbagai
jenis klip video yang berunsurkan hiburan seperti kilp-klip video daripada
artis-astis Malaysia, Korea, Inggeris, Cina dan juga India. Para pengguna YouTube
bukan sahaja dapat menonton klip video
di YouTube, mereka juga dapat memberi komen tentang klip video yang ditonton
dari sudut positif dan negatif.
Golongan artis juga dapat mempromosikan lagu yang
baru dilancarkan melalui laman sesawang Youtube yang membolehkan mereka
dikenali ramai. Hasilnya, klip video yang telah dimuat naik oleh penerbit
mendapat sambutan yang baik dalam kalangan masyarakat. Contonhnya, Najwa Latif
dapat mengembangkan popularitinya melalui video-video yang telah dimuat naik ke
dalam YouTube seperti lagu ‘Sahabat’ dan ‘Cinta Muka Buku’ yang menjadi tontonan ramai pengguna YouTube. Oleh itu,
ramai yang dapat mengenali Najwa Latif melalui klip-klip video Najwa Latif di
YouTube.
3.
Golongan remaja dan dewasa dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam
pelbagai jenis ilmu.
Golongan remaja dan dewasa pada masa kini sangat
sibuk dengan urusan hidup masing-masing. Mereka tidak berkesempatan untuk
meluangkan banyak masa untuk menambahkan ilmu pengetahuan yang luar daripada
bidang pembelajaran dan pekerjaan masing-masing. Oleh itu, dengan adanya
YouTube, golongan remaja dan dewasa boleh menambahkan ilmu pengetahuan tentang
ilmu-ilmu baru seterusnya memanfaatkan ilmu tersebut dalam kehidupan mereka.
Tambahan lagi sekarang dengan kemudahan youtube, pelbagai video ilmiah yang
dimuat naik oleh para professor yang mendapat pengiktirafan yang sah dari
pelbagai negara juga dapat memudahkan mahasiswa untuk lebih memahami perkara
yang ingin mereka pelajari. Dengan cara ini, mereka dapat pendekatan daripada
pelbagai sumber yang sah dengan hany merujuk kepad youtube.
Antara lainnya, golongan remaja dan dewasa juga
dapat mengambil pengajaran daripada video-video berunsur keagamaan seperti
ceramah-ceramah agama yang disampaikan oleh ustaz-ustaz yang berpengalaman
dalam bidang agama. Antaranya Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Kazim Elias dan Ustaz
Don Danial yang sangat dikenali dalam kalangan remaja dan dewasa. Adakalanya
jadual belajar atau aktiviti lain yang padat telah menyebabkan sesetengah
individu tidak dapat membahagikan masa mereka untuk mencari ketenangan dalam
jiwa. Apabila berhadapan dengan keadaan ini, youtube menjadi penyelesaiannya
kerana di laman sesawang youtube juga ada memuatkan bacaan-bacaan ayat al quran
serta bacaan zikir di samping ceramah-ceramah agama yang dapat memberikan kesan
kepada individu yang mendengarnya.
4.
Golongan guru dan pensyarah dapat menyampaikan ilmu yang diajar dengan
baik dan berkesan.
Pembelajaran dan pengajaran akan menjadi lebih
berkesan dengan adanya cara pengajaran yang dapat menarik minat pelajar untuk
mempelajari dan memahami sesuatu subjek. Oleh itu dengan adanya laman sesawang
Youtube sebagai salah satu medium pembelajaran, pembelajaran dan pengajaran di
dalam kelas akan menjadi lebih berkesan dan tidak bosan. Ini kerana pada zaman
sekarang, para pelajar cepat merasa bosan dan akan lebih senang memahami seuatu
perkara jika mereka dapat melihatnya dalam bentuk ilustrasi yang bergerak.
Contohnya, dengan menggunakan video-video yang
terdapat di dalam saluran ‘YouTube Education’ dan 'YouTube Teacher' di dalam
kelas, para pelajar dapat memahami konsep-konsep matematik yang diajar oleh
guru dengan lebih berkesan. Ini juga dapat menjimatkan masa daripada
menggunakan papan putih. Tanpa kemudahan youtube atau video, para pendidik
perlu menulis perkara yang ingin mereka sampaikan di papan putih yang akan
memakan masa dan mengakibatkan mereka tidak dapat menerangkan dengan lengkap
perkara tersebut kepada pelajar-pelajar.
5.
Golongan kanak-kanak dapat mempelajari pelbagai jenis ilmu baru.
Golongan kanak-kanak merupakan salah satu golongan
masyarakat yang ingin mencuba pelbagai benda baru seterusnya dapat merangsang
otak mereka untuk berfikir dengan lebih baik. Penggunaan YouTube yang dikawal
oleh ibu bapa dapat menjadi sumber pembelajaran kanak-kana. Video-video yang
menarik (terdapat audio dan visual) dan
berunsurkan pembelajaran kanak-kanak seperti cara untuk mengaji,
membaca, mengeja dan mengira dapat memberi kesan positif kepada pembelajaran
kanak-kanak.
Contohnya, dengan kawalan ibu bapa, kanak-kanak
dapat menonton cerita kanak-kanak seperti Upin & Ipin dan Mari Mengaji yang
telah dimuat naik dalam lama sesawang YouTube. Hal ini dapat meningkatkan tahap
pemikiran kanak-kanak dan merangsang otak mereka untuk berkembang dengan baik
mengikut tahap umur masing-masing.
Antara implikasi negatif yang ketara daripada
penggunaan youtube ialah seperti berikut :
1. Penggunaan
laman sosial tanpa kawalan akan membuang masa seseorang individu
Ada ahli masyarakat kita terutamanya remaja yang
begitu asyik dengan teknologi ini lalu menghabiskan masa yang berjam-jam untuk
melayan semua bahan yang ada di laman tersebut. Situasi ini apabila tidak
dikekang dengan efektif boleh menyebabkan seseorang itu membazirkan masa di pejabat
dan juga di sekolah secara sia-sia. Maka, laman sosial bolehlah dikatakan
sebagai punca masyarakat kita membazirkan masa tanpa melakukan sesuatu yang
berfaedah.
2. Unsur yang tidak benar dan negatif
Oleh kerana youtube merupakan laman sesawang ialah
satu aplikasi yang terbuka kepada semua, maka terdapat video-video yang boleh
diragui kesahihannya dan berunsur negatif juga boleh didapati dan dilihat oleh
semua orang di serata dunia. Ini adalah sesuatu yang amat membimbangkan kerana
jika isu yang tidak benar disampaikan secara meluas maka ia mampu memberikan
kesan buruk kepada sesuatu populasi itu. Selain itu, video-video yang berunsur
pornografi juga bebas dimuat naik oleh pengguna yang tidak bertanggungjawab di
laman sesawang youtube. Ini memberi ruang dan pendedahan yang tidak baik kepada
golongan yang masih tidak mampu membezakan antara baik dan buruk seperti
kanak-kanak. Apa yang lebih ditakuti ialah sekiranya mereka terpengaruh dengan
unsur yang merosakkan diri mereka pada peringkat yang awl dan masih kecil.
3. Isu
sensitif yang berupaya menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan kehidupan
masyarakat majmuk.
Sudah banyak tulisan berunsur perkauman dan
mengkritik dasar kerajaan yang disiarkan menerusi laman sosial ini lalu
menimbulkan kemarahan pihak berkuasa. Kehidupan masyarakat kita yang berbilang
kaum begitu mudah terganggu dek kritikan yang berunsur perkauman itu lalu
membawa pergaduhan besar pula. Sesungguhnya, laman sosial ini boleh mencetuskan
sesuatu isu sensitif itu sehingga sukar dikawal dan membawa kemusnahan yang
besar.
Penutup
Sebagaimana yang kita
tahu youtube adalah sebuah laman web yang menggunakan video yang memudahkan
pengguna menonton, dan berkongsi video. Pengguna tak terdaftar dapat menonton
video, sementara pengguna berdaftar dapat berkongsi video dalam jumlah tak
terbatas. Kebanyakan kandungan di YouTube adalah mengenai pelajaran, hiburan
dan macam-macam lagi. Video-video yang dianggap berisi kandungan ofensif hanya
boleh ditonton oleh pengguna berdaftar berusia 18 tahun atau lebih.
Dalam erti kata lain,
youtube memberi pengaruh besar terhadap pengguna-penggunanya. Menurut fakta
yang dicari di google, youtube memiliki 116 Juta lebih pengunjung setiap hari
yang tersebar dari seluruh dunia. Halaman yang dilihat setiap hari mencapai 1.7
million halaman. Saat ini youtube menduduki peringkat ke-3 dunia setelah
“Google dan Facebook”. Youtube terhubung dengan akaun social media seperti
Facebook, Twitter, Google dan lainnya. Rata-rata link youTube ditulis di
Twitter lebih dari 400 kali per minit. Link youtube yang ada di Facebook pun
lebih dari 700 kali per hari. Bayangkan berapa video yang telah dikongsi yang
kita juga tidak tahu samada video yang dikongsi itu baik atau buruk.
Secara analoginya,
youtube membawa pelbagai kesan tidak kira dari segi positif atau negatif dan
ternyata youtube juga mempunyai pelbagai fungsi. Oleh itu, semua pihak haruslah
tidak menyalahgunakan kemudahan yang sedia ada dengan menggunakannya ke arah
keburukan. Ibu bapa perlu memantau anak-anak mereka supaya tidak terlibat
dengan gejala negatif. Tindakan mengharapkan pihak ibu bapa untuk menyelesaikan
masalah ini semata-mata tidak berkesan kerana bertepuk sebelah tangan tidak
akan berbunyi. Guru-guru juga memainkan peranan penting dalam mendidik anak
murid dalam mengendalikan pengajaran dalam bidang IT. Jika tidak, anak-anak
kecil akan terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang melibatkan perkara
negatif dan ia bukan sahaja merosakkan masa depan anak-anak kecil, malah
memburukkan nama dan imej negara di mata dunia.
Konklusinya, youtube
memberi banyak manfaat kepada kita semua. Kita semua harus tahu dimana had
untuk bersuka ria dan jangan menyalahgunakan kemudahan yang disediakan di zaman
teknologi moden ini. Kemudahan teknologi hari ini memang membantu kita mencari informasi
penting dimana-mana jua dan pada bila-bila masa. Seperti yang pernah dinyatakan
oleh seorang tokoh, "kemudahan hari ini adalah untuk hari esok".
Rujukan
No comments:
Post a Comment