Thursday, June 4, 2015

Esei Berkumpulan

YOUTUBE

YouTube ialah laman web perkongsian video yang disukai ramai dan yang membenarkan penggunanya memuat naik, menonton, dan berkongsi klip video. Video-videonya boleh dinilai, dengan kedua-dua pemeringkatan purata serta kekerapan video itu ditonton dipaparkan.
Diasaskan pada Februari 2005 oleh tiga orang bekas pekerja PayPal, Youtube yang berpusat di San Bruno mempergunakan teknologi Adobe Flash untuk memaparkan video. Jenis kandungan laman web ini amat meluas dan merangkumi klip-klip filem,rancangan televisyen, dan video muzik, serta kandungan amatur seperti videoblog dan video ringkas yang asli. Syarikat ini yang kini menggaji 57 orang pekerja dinobatkan "Rekaan Terbaik untuk Tahun 2006" oleh majalah TIME. Pada Oktober 2006, Syarikat Google Inc. mengumumkan bahawa ia telah mencapai persetujuan untuk memperoleh YouTube pada harga AS$1.65 bilion dalam bentuk saham Google. Urus niaga tersebut selesai pada 13 November 2006.

Sejarah Youtube

YouTube, LLC
YouTube Logo.svg
Diasaskan
Februari 14, 2005
901 Cherry Ave, San Bruno,
California, Amerika Syarikat
Kawasan yang dipasarkan
Seluruh dunia
Perancang utama
Salar Kamangar (CEO)
Chad Hurley (Advisor)
Internet
Independent (2005–2006)
Google (2006–present)
Broadcast Yourself (2005-2012)
Ditulis dalam
KedudukanAlexa
▬ 3 (August 2012)
Jenis laman web
Google AdSense
Pendaftaran
Pilihan (Hanya diperlukan untuk tugas-tugas tertentu seperti melihat video yang ditanda bendera, melihat komen yang ditanda bendera dan memuat naik video)
54 versi bahasa tersedia
Dilancarkan
Februari 14, 2005
Status terkini
Aktif

YouTube diasaskan bersama-sama oleh Chad HurleySteve Chen, dan Jawed Karim yang kesemuanya merupakan pekerja perintisPayPal. Sebelum PayPal, Hurley belajar reka bentuk di Universiti Indiana Pennsylvania, manakala Chen dan Karim belajar sains komputer bersama-sama di Universiti Illinois di Urbana-Champaign. Nama domain "YouTube.com" diaktifkan pada 15 Februari2005, dan laman web dibangun pada bulan-bulan yang berikut. Pencipta-penciptanya memberikan orang ramai sebuah pratonton tentang laman web mereka pada Mei 2005 dan enam bulan kemudian, YouTube muncul buat pertama kali secara rasmi.
Serupa dengan banyak syarikat teknologi yang baru, YouTube bermula sebagai sebuah usaha dibiayai malaikat di sebuah pejabatyang kecil dan murah. Pada November 2005, Sequoia Capital, syarikat modal usaha niaga, melabur AS$3.5 juta; selain itu,Roelof Botha, pekongsi syarikat serta bekas Ketua Pegawai Kewangan PayPal, menyertai lembaga pengarah YouTube. Pada April 2006, Sequoia melabur lagi AS$8 juta dalam syarikat itu yang telah mengalami kepopularan dan pertumbuhan yang pesat dalam hanya beberapa bulan pertama kewujudannya.
Pada musim panas 2006, YouTube menjadi salah satu laman web yang paling pesat pertumbuhannya dalam Jaringan Sejagat, dan ditempatkan oleh Alexa sebagai laman web yang kelima terpopular, iaitu jauh mengatasi juga pertumbuhan laman webMySpace. Menurut sebuah tinjauan pada 16 Julai 2006, 100 juta klip ditonton di YouTube pada setiap hari, dengan sebanyak 65,000 video baru dimuat naik setiap 24 jam. Menurut Nielsen/NetRatings, Youtube dikunjungi oleh hampir 20 juta pengguna setiap bulan, dengan sekitar 44% penontonnya merupakan wanita, dan 56% lelaki. Kumpulan yang berumur antara 12 hingga 17 tahun merupakan penontonnya yang terutama. Keunggulan Youtube dalam pasaran video dalam talian adalah amat mengejutkan. Menurut laman web Hitwise.com, YouTube menguasai 64% daripada pasaran video dalam talian di United Kingdom.
Pada 9 Oktober 2006, Youtube mengumumkan bahawa ia akan diperoleh oleh Google pada harga AS$1.65 bilion dalam bentuk saham. Perjanjian pembelian antara Google dan YouTube datang selepas YouTube memeterai tiga buah perjanjian dengan syarikat-syarikat media dalam satu percubaan untuk mengelakkan tuntutan-tuntutan mahkamah terhadap pelanggaran hak cipta. YouTube akan terus beroperasi secara bebas, dan kesemua pekerja syarikat serta pengasas-pengasas bersamanya akan terus bekerja di dalam syarikat. Urus niaga untuk memperoleh YouTube selesai pada 13 November, dan merupakan pembelian Google yang terbesar setakat ini.
Pada November 2008, YouTube mencapai persetujuan dengan MGMLions Gate Entertainment dan CBS yang membolehkan ketiga-tiga syarikat tersebut memuatkan filem-filem dan rancangan televisyen sepenuhnya di laman YouTube, asalkan disertakan iklan, sebagai langkah menyaingi laman-laman video lain seperti Hulu, yang memaparkan bahan-bahan terbitan NBCFox, dan Disney.

TEKNOLOGI
Format video
Teknologi pemain video YouTube berasaskan Adobe Flash Player yang membolehkan laman ini memaparkan video yang setanding mutunya dengan teknologi-teknologi video sedia ada (seperti Windows Media PlayerQuickTime, dan RealPlayer) yang biasanya memerlukan pengguna memasang pemalam pelayar web untuk menonton videonya. Pemalam juga diperlukan untuk menonton video Flash, tetapi hasil kaji selidik Adobe Systems mendapati pemalam Flash sudah dipasang dalam 95% komputer peribadi.
Video-video yang dimuat naik ke YouTube oleh pemegang akaun biasa terhad kepada 15 minit panjangnya. Ketika YouTube dilancarkan pada tahun 2005, video lebih lama boleh dimuat naik, tetapi had 10 minit dikenakan pada Mac 2006 setelah pihak YouTube mendapati kebanyakan video yang menjangkaui kepanjangan ini berbentuk cetak rompak filem dan televisyen. Akaun rakan (partner) dibenarkan memuat naik video melebihi 10 minit asalkan diizinkan oleh YouTube. Had sepuluh minit dinaikkan kepada lima belas minit pada Julai 2010. Partner accounts are permitted to upload longer videos, subject to acceptance by YouTube. Saiz fail terhad pada 2 GB untuk muat naik dari laman web YouTube, dan 20 GB dari penggunaan Advanced Uploader yang berasaskan Java.
YouTube menerima muat naik video dalam kebanyakan format, termasuk .WMV.AVI.MKV.MOVMPEG.MP4DivX.FLV, dan.OGG. YouTube juga menyokong 3GP, maka membolehkan video dimuat naik terus dari telefon bimbit.

Mutu video
Pada mulanya, YouTube hanya menyiarkan video dalam satu format, tetapi kini terdapat dalam tiga format di samping juga format "mobil" untuk tontonan pada telefon bimbit. Format asalnya, iaitu mutu "biasa", memaparkan video berleraian 320x240 piksel dengan kodek Sorenson Spark dan audio MP3 mono. Beginilah kebiasaan dalam penstriman video ketika YouTube dilancarkan dahulu.
Video "bermutu tinggi" yang diperkenalkan pada Mac 2008, dipaparkan pada leraian 864x480 piksel dengan bunyi AAC stereo. Format ini banyak menunjukkan peningkatan berbanding mutu biasa. Pada November 2008, sokongan HD 720p diperkenalkan. Pada masa yang sama, pemain YouTube diluaskan nisbah aspeknya dari 4:3 kepada skrin lebar 16:9. Video 720p berleraian 1280x720 piksel dan dikodkan dengan kodek video H.264 dengan audio stereo AAC. Pada November 2009, sokongan HD 1080p diperkenalkan pula, pada leraian 1920x1080 piksel.
Video 3D
Dalam video yang dimuat naik pada 21 Julai 2009, jurutera perisian YouTube Peter Bradshaw mengumumkan bahawa para pengguna YouTube boleh memuat naik video 3D. Video 3D ini boleh ditonton seperti video biasa, atau merasai kesan 3D dengan memakai cermin mata khas.

Aplikasi Youtube Dalam Pendidikan

Youtube mengajak pengguna untuk menikmati pengalaman menonton video dan terlibat dalam kandungan video sebagai pengulas dan pencipta, iaitu satu aktiviti yang meningkatkan literasi visual pelajar, yang merupakan satu kemahiran penting dalam budaya elektronik masa kini. Walaupan kebanyakan video dalam Youtube tidak mempunyai matlamat pendidikan, aplikasi ini menggalakkan eksperimentasi menggunakan media baharu. Kebanyakan pendidik percaya bahawa usaha untuk membina kandungan merupakan satu latihan pembelajaran yang berguna, yang membantu untuk meningkatkan kefahaman terhadap bahan pelajaran dan peralatan yang digunakan untuk membina kandungan video tersebut. Oleh kerana Youtube memudahkan hal ini, ia berpotensi untuk mendedahkan pelajar kepada wawasan dan kemahiran yang baharu, serta menghubungkan mereka kepada pelbagai komuniti dalam talian. Sebagai aplikasi perisian sosial, Yotube menjadi sebahagian trend dalam kalangan pelajar Generasi Net untuk menggantikan pembelajaran pasif dengan penyertaan aktif, yang mana semua pelajar boleh menyuarakan pandangan, sesiapa pun boleh memberikan sumbangan, dan nilainya tidak terletak pada kandungan itu sendiri, tetapi lebih kepada rangkaian pelajar yang bekerjasama membentuk kandungan tersebut dan yang menyokong satu sama lain dalam mencapai matlamat pembelajaran.

Strategi Penggunaan Video YouTube Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan video YouTube sebagai bahan bantu mengajar (BBM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran, beberapa panduan telah digariskan untuk menggalakkan tontonan secara aktif dalam kalangan pelajar dan memaksimumkan pembelajaran, seperti yang berikut :

PANDUAN PENGGUNAAN VIDEO

Bil
Perkara
Huraian
1.
SEGMEN
Benarkan pelajar anda menonton video dalam beberapa
segmen pendek.
2.
NOTA
Video amat sesuai untuk membina kemahiran pencatatan
nota. Ambil nota semasa tontonan pertama, kemudian putar
semula dan ulang tayang untuk membuat semakan nota. Ini
boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan sebagai
satu perbincangan kelas / sesi sumbangsaran.
3.
JEDA
Gunakan butan jeda (pause) untuk menghentikan video
anda seketika agar pelajar boleh meramal perkara yang akan
berlaku atau mengingat semula perkara yang telah berlaku.
4.
TANPA SUARA
Bagi babak video yang menekankan visual, padamkan suara
dan ceritakan. Teknik ini sangat sesuai untuk penyenaraian
langkah – langkah sesuatu proses.
5.
TANPA GAMBAR
Gunakan petunjuk audio untuk menerangkan gambar yang
ditayangkan. Bandingkan ramalan dengan video sebenar.
6.
PRATONTON
Setiap video dengan teliti untuk menentukan kesesuaiannya
dengan objektif pelajaran dan hasil pembelajaran pelajar.
7.
GABUNGKAN
Video dengan keseluruhan pengalaman pembelajaran secara
menambahkan komponen eksperimen pelajaran. Aktiviti
boleh dilakukan sebelum menonton; untuk mengatur pentas,
membuat semakan, menyediakan maklumat latar belakang;
mengenal pasti perbendaharaan kata baharu, atau
memperkenalkan topik. Aktiviti boleh dilakukan selepas
menonton untuk memperkukuh, mengaplikasikan atau
memperluas maklumat yang disampaikan oleh program.
Selalunya, video boleh digunakan sebagai satu pengenalan
atau pendorong kepada aktiviti amali yang bakal dilakukan.





Halangan atau masalah penggunaan youtube dalam pengajaran dan pembelajaran

Penggunaan ICT atau teknologi maklumat menjadi suatu perkara penting dalam kehidupan kita pada masa kini. Penggunaan teknologi maklumat mampu meningkatkan tahap kemahiran pelajar untuk mendapatkan maklumat dengan lebih berkesan. Terdapat banyak kelebihan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran namun begitu penggunaan ICT juga memberi masalah dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai masalah yang timbul akibat daripada kekurangan kemahiran dalam pengendalian dan pengurusan antaranya ialah:

1) Penerimaan guru terhadap proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi maklumat.

    Penggunaan teknologi maklumat atau youtube dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu kaedah terkini untuk meningkatkan tahap kemahiran guru menyampaikan sesuatu perkara. Namun begitu terdapat segelintir guru tidak mahu mengikuti serta mengubah kaedah pengajaran mereka. Sesetengah guru merasakan penggunaan kaedah pengajaran tradisiaonal sudah cukup untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

2) Kemudahan teknologi yang berkaitan tidak mencukupi.

    Proses pengintegrasian teknologi maklumat dalam memerlukan prasarana yang mencukupi seperti kemudahan makmal komputer, peralatan berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat serta penyediaan dan penyelenggaraan komputer yang mencukupi dan lancar. Perkara ini sangat penting untuk memudahkan guru-guru dan para pelajar menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Salah satu punca permasalahan ini tidak dapat dilakasnakan adalah kerana sistem penyelenggaraan bahan teknologi maklumat di sekolah yang tidak cekap dan mencukupi

3) Tahap kemahiran guru dalam bidang teknologi maklumat.

    Kemahiran seseorang guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah penting dalam teknologi maklumat. Terdapat beberapa kekangan yang perlu diambil berat iaitu kekurangan guru terlatih dalam bidang teknologi maklumat. Guru-guru yang telah lama mengajar khususnya kurang berpengalaman dengan penggunan ICT. Oleh itu, guru tidak mahir membuat perancangan pengajaran menggunakan ICT. Hal ini menyebabakan proses penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna dan akan membantut perkebangan bahan teknologi maklumat.

Kesan Penggunaan Youtube Terhadap Masyarakat
Seperti laman sosial dan aplikasi kemudahan yang lain, youtube juga tidak terkecuali daripada mempunyai implikasi yang baik dan sebaliknya kepada masyarakat. Walaupun hakikatnya kemudahan youtube ini dicipta untuk memudahkan manusia untuk melaksanakan sesuatu tugasan tetapi akibat perbuatan segolongan insan yang tidak bertanggungjawab dan tidak berfikir panjang, maka muncullah beberapa implikasi negatif daripada aplikasi ini. Berikut adalah senarai kesan positif daripada penggunaan youtube :   

1.       Golongan usahawan dapat mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
Untuk mempromosikan produk bagi mengembangkan perniagaan, golongan usahawan perlu mengeluarkan kos yang banyak seperti mempromosikan produk mereka melalui banner, billboard dan iklan di televisyen dan radio. Hal ini boleh menyebabkan penggunaan kos yang terlalu banyak dan mungkin akan berlaku pembaziran. Oleh itu, dengan penggunaan YouTube, golongan usahawan dapat mempromosikan produk masing-masing tanpa perlu menggunakan kos yang banyak seterusnya dapat meningkatkan kualiti perniagaan mereka. Mereka boleh menghasilkan video iklan yang padat dengan maklumat produk dan menarik minat pengguna di YouTube  untuk mencuba produk-produk yang terbaru.
Melalui pengiklanan secara video di YouTube, golongan usahawan berkemungkinan dapat mengembangkan produk mereka ke seluruh dunia kerana YouTube boleh diakses oleh pelbagai negara di seluruh dunia. Hal ini dapat memberi kesan yang baik terhadap golongan usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat yang lebih menguntungkan mereka. Contohnya, pada masa kini, terdapat pelbagai jenis produk yang diiklankan melalui YouTube yang dapat dikembangkan ke banyak negara di seluruh dunia.
2.      Golongan artis dapat meningkatkan populariti dalam bidang hiburan
Dalam era globalisasi ini, terdapat pelbagai jenis hiburan yang sering menjadi tontonan dan halwa telinga setiap golongan masyarakat. Dengan adanya YouTube, golongan artis yang sering menjadi pujaan masyarakat dapat meningkatkan lagi populariti dan kualiti kerja mereka sebagai artis dengan adanya maklum balas daripada peminat masing-masing.
Di dalam laman sesawang YouTube, terdapat pelbagai jenis klip video yang berunsurkan hiburan seperti kilp-klip video daripada artis-astis Malaysia, Korea, Inggeris, Cina dan juga India. Para pengguna YouTube bukan sahaja dapat menonton  klip video di YouTube, mereka juga dapat memberi komen tentang klip video yang ditonton dari sudut positif dan negatif.
Golongan artis juga dapat mempromosikan lagu yang baru dilancarkan melalui laman sesawang Youtube yang membolehkan mereka dikenali ramai. Hasilnya, klip video yang telah dimuat naik oleh penerbit mendapat sambutan yang baik dalam kalangan masyarakat. Contonhnya, Najwa Latif dapat mengembangkan popularitinya melalui video-video yang telah dimuat naik ke dalam YouTube seperti lagu ‘Sahabat’ dan ‘Cinta Muka Buku’ yang menjadi  tontonan ramai pengguna YouTube. Oleh itu, ramai yang dapat mengenali Najwa Latif melalui klip-klip video Najwa Latif di YouTube.
3.       Golongan remaja dan dewasa dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai jenis ilmu.
Golongan remaja dan dewasa pada masa kini sangat sibuk dengan urusan hidup masing-masing. Mereka tidak berkesempatan untuk meluangkan banyak masa untuk menambahkan ilmu pengetahuan yang  luar daripada  bidang pembelajaran dan pekerjaan masing-masing. Oleh itu, dengan adanya YouTube, golongan remaja dan dewasa boleh menambahkan ilmu pengetahuan tentang ilmu-ilmu baru seterusnya memanfaatkan ilmu tersebut dalam kehidupan mereka. Tambahan lagi sekarang dengan kemudahan youtube, pelbagai video ilmiah yang dimuat naik oleh para professor yang mendapat pengiktirafan yang sah dari pelbagai negara juga dapat memudahkan mahasiswa untuk lebih memahami perkara yang ingin mereka pelajari. Dengan cara ini, mereka dapat pendekatan daripada pelbagai sumber yang sah dengan hany merujuk kepad youtube.
Antara lainnya, golongan remaja dan dewasa juga dapat mengambil pengajaran daripada video-video berunsur keagamaan seperti ceramah-ceramah agama yang disampaikan oleh ustaz-ustaz yang berpengalaman dalam bidang agama. Antaranya Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Don Danial yang sangat dikenali dalam kalangan remaja dan dewasa. Adakalanya jadual belajar atau aktiviti lain yang padat telah menyebabkan sesetengah individu tidak dapat membahagikan masa mereka untuk mencari ketenangan dalam jiwa. Apabila berhadapan dengan keadaan ini, youtube menjadi penyelesaiannya kerana di laman sesawang youtube juga ada memuatkan bacaan-bacaan ayat al quran serta bacaan zikir di samping ceramah-ceramah agama yang dapat memberikan kesan kepada individu yang mendengarnya.
4.       Golongan guru dan pensyarah dapat menyampaikan ilmu yang diajar dengan baik dan berkesan.
Pembelajaran dan pengajaran akan menjadi lebih berkesan dengan adanya cara pengajaran yang dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari dan memahami sesuatu subjek. Oleh itu dengan adanya laman sesawang Youtube sebagai salah satu medium pembelajaran, pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas akan menjadi lebih berkesan dan tidak bosan. Ini kerana pada zaman sekarang, para pelajar cepat merasa bosan dan akan lebih senang memahami seuatu perkara jika mereka dapat melihatnya dalam bentuk ilustrasi yang bergerak.
Contohnya, dengan menggunakan video-video yang terdapat di dalam saluran ‘YouTube Education’ dan 'YouTube Teacher' di dalam kelas, para pelajar dapat memahami konsep-konsep matematik yang diajar oleh guru dengan lebih berkesan. Ini juga dapat menjimatkan masa daripada menggunakan papan putih. Tanpa kemudahan youtube atau video, para pendidik perlu menulis perkara yang ingin mereka sampaikan di papan putih yang akan memakan masa dan mengakibatkan mereka tidak dapat menerangkan dengan lengkap perkara tersebut kepada pelajar-pelajar.
5.       Golongan kanak-kanak dapat mempelajari pelbagai jenis ilmu baru.
Golongan kanak-kanak merupakan salah satu golongan masyarakat yang ingin mencuba pelbagai benda baru seterusnya dapat merangsang otak mereka untuk berfikir dengan lebih baik. Penggunaan YouTube yang dikawal oleh ibu bapa dapat menjadi sumber pembelajaran kanak-kana. Video-video yang menarik (terdapat audio dan visual) dan  berunsurkan pembelajaran kanak-kanak seperti cara untuk mengaji, membaca, mengeja dan mengira dapat memberi kesan positif kepada pembelajaran kanak-kanak.
Contohnya, dengan kawalan ibu bapa, kanak-kanak dapat menonton cerita kanak-kanak seperti Upin & Ipin dan Mari Mengaji yang telah dimuat naik dalam lama sesawang YouTube. Hal ini dapat meningkatkan tahap pemikiran kanak-kanak dan merangsang otak mereka untuk berkembang dengan baik mengikut tahap umur masing-masing.

Antara implikasi negatif yang ketara daripada penggunaan youtube ialah seperti berikut :
1. Penggunaan  laman sosial tanpa kawalan akan membuang masa seseorang individu
Ada ahli masyarakat kita terutamanya remaja yang begitu asyik dengan teknologi ini lalu menghabiskan masa yang berjam-jam untuk melayan semua bahan yang ada di laman tersebut. Situasi ini apabila tidak dikekang dengan efektif boleh menyebabkan seseorang itu membazirkan masa di pejabat dan juga di sekolah secara sia-sia. Maka, laman sosial bolehlah dikatakan sebagai punca masyarakat kita membazirkan masa tanpa melakukan sesuatu yang berfaedah.
2. Unsur yang tidak benar dan negatif
Oleh kerana youtube merupakan laman sesawang ialah satu aplikasi yang terbuka kepada semua, maka terdapat video-video yang boleh diragui kesahihannya dan berunsur negatif juga boleh didapati dan dilihat oleh semua orang di serata dunia. Ini adalah sesuatu yang amat membimbangkan kerana jika isu yang tidak benar disampaikan secara meluas maka ia mampu memberikan kesan buruk kepada sesuatu populasi itu. Selain itu, video-video yang berunsur pornografi juga bebas dimuat naik oleh pengguna yang tidak bertanggungjawab di laman sesawang youtube. Ini memberi ruang dan pendedahan yang tidak baik kepada golongan yang masih tidak mampu membezakan antara baik dan buruk seperti kanak-kanak. Apa yang lebih ditakuti ialah sekiranya mereka terpengaruh dengan unsur yang merosakkan diri mereka pada peringkat yang awl dan masih kecil.
3.  Isu sensitif yang berupaya menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan kehidupan masyarakat majmuk.
Sudah banyak tulisan berunsur perkauman dan mengkritik dasar kerajaan yang disiarkan menerusi laman sosial ini lalu menimbulkan kemarahan pihak berkuasa. Kehidupan masyarakat kita yang berbilang kaum begitu mudah terganggu dek kritikan yang berunsur perkauman itu lalu membawa pergaduhan besar pula. Sesungguhnya, laman sosial ini boleh mencetuskan sesuatu isu sensitif itu sehingga sukar dikawal dan membawa kemusnahan yang besar.

Penutup

Sebagaimana yang kita tahu youtube adalah sebuah laman web yang menggunakan video yang memudahkan pengguna menonton, dan berkongsi video. Pengguna tak terdaftar dapat menonton video, sementara pengguna berdaftar dapat berkongsi video dalam jumlah tak terbatas. Kebanyakan kandungan di YouTube adalah mengenai pelajaran, hiburan dan macam-macam lagi. Video-video yang dianggap berisi kandungan ofensif hanya boleh ditonton oleh pengguna berdaftar berusia 18 tahun atau lebih.
Dalam erti kata lain, youtube memberi pengaruh besar terhadap pengguna-penggunanya. Menurut fakta yang dicari di google, youtube memiliki 116 Juta lebih pengunjung setiap hari yang tersebar dari seluruh dunia. Halaman yang dilihat setiap hari mencapai 1.7 million halaman. Saat ini youtube menduduki peringkat ke-3 dunia setelah “Google dan Facebook”. Youtube terhubung dengan akaun social media seperti Facebook, Twitter, Google dan lainnya. Rata-rata link youTube ditulis di Twitter lebih dari 400 kali per minit. Link youtube yang ada di Facebook pun lebih dari 700 kali per hari. Bayangkan berapa video yang telah dikongsi yang kita juga tidak tahu samada video yang dikongsi itu baik atau buruk.
Secara analoginya, youtube membawa pelbagai kesan tidak kira dari segi positif atau negatif dan ternyata youtube juga mempunyai pelbagai fungsi. Oleh itu, semua pihak haruslah tidak menyalahgunakan kemudahan yang sedia ada dengan menggunakannya ke arah keburukan. Ibu bapa perlu memantau anak-anak mereka supaya tidak terlibat dengan gejala negatif. Tindakan mengharapkan pihak ibu bapa untuk menyelesaikan masalah ini semata-mata tidak berkesan kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Guru-guru juga memainkan peranan penting dalam mendidik anak murid dalam mengendalikan pengajaran dalam bidang IT. Jika tidak, anak-anak kecil akan terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang melibatkan perkara negatif dan ia bukan sahaja merosakkan masa depan anak-anak kecil, malah memburukkan nama dan imej negara di mata dunia.
Konklusinya, youtube memberi banyak manfaat kepada kita semua. Kita semua harus tahu dimana had untuk bersuka ria dan jangan menyalahgunakan kemudahan yang disediakan di zaman teknologi moden ini. Kemudahan teknologi hari ini memang membantu kita mencari informasi penting dimana-mana jua dan pada bila-bila masa. Seperti yang pernah dinyatakan oleh seorang tokoh, "kemudahan hari ini adalah untuk hari esok".

Rujukan